Saturday, August 22, 2009

Akta Kontrak 1950 (BAB2)

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN MALAYSIA

BAB 2 KONTRAK

PENGENALAN

Definisi Kontrak

Seksyen 2 - Tafsiran. Dalam Akta ini, perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan yang berikut adalah digunakan dalam pengertian yang berikut, melainkan jika dalam kandungan peruntukan ternyata maksud lain :

Seksyen 2(h) - sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah satu kontrak.

PEMBENTUKAN KONTRAK

Seksyen 10 - Perjanjian apa merupakan kontrak.

Seksyen 10(1) - Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Ordinan ini bahawa ianya batal.

Seksyen 10(2) - Tiada sesuatu yang terkandung dalam Ordinan ini boleh menyentuh mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Persekutuan yang menetapkan bahawa mana-mana kontrak mestilah dibuat secara bertulis atau di hadapan saksi, atau mana-mana undang-undang mengenai pendaftaran dokumen-dokumen.

Tawaran

Seksyen 2 - Tafsiran. Dalam Akta ini, perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan yang berikut adalah digunakan dalam pengertian yang berikut, melainkan jika dalam kandungan peruntukan ternyata maksud lain :

Seksyen 2(a) - apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud untuk memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri dari berbuat seseorang itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.

Seksyen 6 - Pembatalan dan syarat-syaratnya. Sesuatu cadangan adalah dibatalkan :-

Seksyen 6(a) - dengan mengkomunikasikan notis pembatalan oleh pencadang kepada pihak yang lain itu.

Seksyen 6(b) - dengan luputnya waktu yang telah ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya, atau, bila waktu tidak ditetapkan sedemikian, dengan luputnya waktu yang munasabah, tanpa komunikasi penerimaan itu.

Seksyen 6(c) - atas kemungkiran penerima untuk memenuhi syarat terdahulu mengenai penerimaan.

Seksyen 6(d) - atas kematian atau sakit otak pencadang, jika fakta kematian atau sakit otak itu diketahui oleh penerima sebelum penerimaan.

Seksyen 5 - Pembatalan cadangan dan penerimaan.

Seksyen 5 (1) - Sesuatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaannya adalah lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya.

Penerimaan

Seksyen 2 - Tafsiran. Dalam Akta ini, perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan yang berikut adalah digunakan dalam pengertian yang berikut, melainkan jika dalam kandungan peruntukan ternyata maksud lain :

Seksyen 2(b) - apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima: sesuatu cadangan bila diterima, adalah menjadi janji.

Seksyen 7 - Penerimaan mestilah mutlak. Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai suatu janji, maka penerimaan itu mestilah :-

Seksyen 7(a) - mutlak dan tak bersyarat.

Seksyen 7(b) - dinyatakan secara biasa dan munasabah, melainkan jika cadangan itu menetapkan cara penerimaan. Jika cadangan itu menetapkan cara penerimaannya, dan penerimaan itu tidak dibuat menurut cara yang ditetapkan itu maka pencadang, dalam tempoh yang munasabah sesudah penerimaan itu dikomunikasikan kepadanya, boleh menegaskan bahawa cadangan itu hendaklah diterima menurut cara yang telah ditetapkan dan tidak sebalik; tetapi, jika ia mungkir berbuat demikian, maka ia adalah menerima penerimaan itu.

Seksyen 8 - Penerimaan dengan penunaian syarat, atau penerimaan balasan. Penunaian syarat-syarat sesuatu cadangan, atau penerimaan mana-mana balasan untuk janji berbalas yang boleh ditawarkan dengan satu cadangan adalah penerimaan cadangan itu.

Seksyen 4 - Komunikasi bila lengkap.

Seksyen 4(2) - Komunikasi penerimaan adalah lengkap :-

Seksyen 4(2)(a) - terhadap pencadang, bila komunikasi penerimaan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepadanya, di mana ianya berada di luar kuasa penerima.

Seksyen 4(2)(b) - terhadap penerima, bila komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahuan pencadang.

Seksyen 5 - Pembatalan cadangan dan penerimaan.

Seksyen 5(2) - Sesuatu penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan itu adalah lengkap terhadap penerima, tetapi tidak selepasnya.

Seksyen 2(d) - menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

Seksyen 26 - Perjanjian tanpa balasan adalah batal kecuali :-

bertulis dan didaftarkan
Seksyen 26(a) - ianya dinyatakan secara bertulis dan didaftarkan menurut undang-undang (jika ada) yang pada masa itu berkuatkuasa untuk pendaftaran dokumen sedemikian, dan dibuat berdasarkan atas kasih sayang semulajadi antara pihak-pihak yang ada hubungan karib antara satu sama lain.

atau sesuatu janji untuk memampaskan sesuatu yang telah dibuat
Seksyen 26(b) - ianya sesuatu janji untuk memampaskan, keseluruhan atau sebahagiannya, kepada seseorang yang telah berbuat sesuatu secara sukarela untuk pembuat-janji, atau berbuat sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa disisi undang-undang untuk membuat.

atau sesuatu janji untuk membayar hutang yang dihalang oleh hadmasa
Seksyen 26(c) - ianya sesuatu janji, yang dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang menanggungnya, atau oleh agennya, yang diberi kuasa secara am atau khusus untuk maksud itu, supaya membayar keseluruhan atau sebahagian dari sesuatu hutang, yang pembayarannya boleh dikuatkuasakan oleh sipiutang seandainya tidak ada undang-undang mengenai batasan guaman.

Huraian 2 Seksyen 26 - Sesuatu perjanjian di mana persetujuan pembuat janji diberi secara bebas tidaklah batal semata-mata kerana balasan itu tak memadai; tetapi ketakberpadaannya balasan itu boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menentukan persoalan sama ada persetujuan pembuat janji itu diberi secara bebas.

Misalan (d) Seksyen 26 - A menanggung anak remajawan B. B berjanji membayar kepada A belanja penanggungan remajawan itu. Janji ini adalah suatu kontrak.

Misalan (e) Seksyen 26 - A terhutang $1000 kepada B, tetapi hutang itu dihalang oleh had masa. A menandatangani suatu janji bertulis untuk membayar $500 kepada B sebagai bayaran hutang itu. Ini adalah suatu kontrak.

Seksyen 64 - Penerima-janji boleh membebas atau mengurangkan perlaksanaan janji. Tiap-tiap penerima-janji boleh membebas atau mengurangkan sebahagian atau keseluruhan daripada perlaksanaan janji yang telah dibuat kepadanya, atau boleh melanjutkan masa untuk perlaksanaan sedemikian itu, atau boleh menerima sebagai gantinya sebarang pemenuhan-janji yang dia fikir berpatutan.

Keupayaan

Seksyen 11 - Siapa layak membuat kontrak. Setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.

Seksyen 2 - Tafsiran. Dalam Akta ini, perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan yang berikut adalah digunakan dalam pengertian yang berikut, melainkan jika dalam kandungan peruntukan ternyata maksud lain :

Seksyen 2(a) - apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud untuk memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri dari berbuat seseorang itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.

Seksyen 2(b) - apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima : sesuatu cadangan bila diterima, adalah menjadi janji.

Seksyen 2(c) - orang yang membuat cadangan disebut "pembuat janji" dan orang yang menerima cadangan disebut "penerima janji".

Seksyen 2(d) - menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

Seksyen 2(e) - setiap janji dan setiap set janji, yang menjadi balasan pihak masing-masing, adalah suatu perjanjian.

Seksyen 2(f) - janji yang merupakan balasan atau sebahagian balasan untuk pihak masing-masing adalah disebut janji berbalas (reciprocal premises).

Seksyen 2(g) - sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah batal.

Seksyen 2(h) - sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah satu kontrak.

Seksyen 2(i) - sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang atas opsyen satu pihak atau lebih dari pihak-pihak perjanjian itu, tetapi tidak berdasarkan atas opsyen pihak atau pihak yang lain, adalah suatu kontrak boleh batal.

Seksyen 2(j) - sesuatu kontrak yang terhenti daripada boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang menjadi batal bila ianya tidak lagi boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

Seksyen 10 - Perjanjian apa merupakan kontrak

Seksyen 10(1) - Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Ordinan ini bahawa ianya batal.

Seksyen 10(2) - Tiada sesuatu yang terkandung dalam Ordinan ini boleh menyentuh mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Persekutuan yang menetapkan bahawa mana-mana kontrak mestilah dibuat secara bertulis atau di hadapan saksi, atau mana-mana undang-undang mengenai pendaftaran dokumen-dokumen.

Seksyen 69 - Tuntutan untuk keperluan-keperluan yang dibekalkan kepada orang yang tidak berdaya membuat kontrak atau oleh kerananya. Jika seseorang yang tidak berdaya membuat kontrak, atau sesiapa yang dianiaya terikat di sisi undang-undang untuk menanggung, dibekalkan oleh seorang lain dengan keperluan-keperluan yang sesuai dengan keadaan hidupnya, maka orang yang membekalkan sedemikian berhak digantibayar dari harta orang yang tidak berdaya itu.

Seksyen 12 - Apakah akal sempurna untuk maksud membuat kontrak.

Seksyen 12(1) - Seseorang adalah dikatakan berakal sempurna untuk maksud membuat kontrak jika, pada masa ia membuat kontrak itu, ia berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.

Seksyen 12(2) - Seseorang yang lazimnya tak berakal sempurna, tetapi sekali sekala berakal sempurna, boleh membuat kontrak bila ia berakal sempurna.

Ketentuan

Seksyen 30 - Perjanjian adalah batal kerana ketaktentuan. Perjanjian-perjanjian, yang mana maknanya tak tentu atau tidak boleh ditentukan, adalah batal.

Misalan (a) Seksyen 30 - A bersetuju menjual "seratus tan minyak" kepada B. Tiada apa-apa yang boleh menunjukkan jenis minyak yang dimaksudkan. Perjanjian itu adalah batal kerana ketaktentuan.

Misalan (c) Seksyen 30 - A, yang menjadi peniaga bagi minyak kelapa sahaja, bersetuju menjual "seratus tan minyak" kepada B. Jenis perniagaan A memberi petunjuk kepada makna perkataan-perkataan itu, dan A adalah membuat kontrak untuk menjual seratus tan minyak kelapa.

KERELAAN BERKONTRAK

Pengenalan

1 comment:

  1. salam tuan, boleh tolong lengkapkan rujukan ni? part keperluan kontrak masih belum cukup
    sekian, terima kasih

    ReplyDelete